hi guys again :)
apa khabar? hopefully sihat la ek :D
Sebenarnya nak tahu tak? Aku dah dapat kerja, tapi hari esok isnin, baru nak masuk hari ke-3 aku mula kerja. Kerja? Bila dapat? Haa..yang ni la nak bagitau, ingat tak post yang lepas aku cerita pasal interview yang aku pergi dekat ngn rumah tuh? Kebetulan 2 weeks later, bos nya call aku tanya nak kerja ke x sbb pekerja yang dia amik tuh bru je resign atas sbb tertentu. Aku ingat pekerja sebelum ade masalah dengan dieorang, so aku pun takut2 jugak nak accept. Takut terkena badi. Pikir punya pikir, accept la kerja ni sebab tak buat pape jugak kan. Pastu tak jauh dari rumah. Kerja nya project clerk, tapi okla kan untuk career's starting.
Then, hari yang bersejarah itu aku pun pergila company tersebut untuk lapor diri. Pastu, bila masuk jek yard tuh, terkejut tengok orang tengah berkumpul. Ingat kan ada taklimat, sekali dieorang tengah dengar tazkirah hari Jumaat. Bagus jek kan? A GOOD STARTING, i think. Then, masuk kenal ngan staff dan dapat meja sendiri. CONDITION? SO FAR SO GOOD. I think. Pastu bos pun ajak briefing untuk bidang kerja and so on. Cakap punya cakap, OK LAGI, aku rasa. *sigh*. Few minutes later, ada fire-drill pulak. Terkena hari aku masuk ada fire-drill. Nampak cam seronok jugak sebab ada orang kena padamkan api, ada actor yang kena balut and darah tipu2. Seronok kan? Pastu ada makan2, aku naik la office sebab rasa mcm xnak makan. And dah bwk roti and own nescafe. Tapi rasa cam kekok jugak sebab sume orang pergi makan. Mungkin lain kali terpaksa join utk mengelakkan rasa kekok. Huhu :p And the last part, belajar ngn senior mcm mana nak handle kerja. PERGHHHHHHH!!!! memang susah tahap GABAN la..aku rasa belajar dulu pun, kalo dapat assignment pun xsusah macam ni. Tapi baru hari pertama, memangla, baru nak merangkak. And satu lagi mungkin xdek kawan, tu yang rasa macam tanggungjawab lagi berat.
Still ingat masa dapat assignment kat UM, bila mula-mula jek memang excited. Pastu mula la lembik jek , and kembali bersemangat time dua tiga hari nak hantar. OR SPECIFICALLY, 24 jam sebelum. COOL kan? hehehe...Tapi ni sangat berbeza dengan kerja sekarang. Memang x boleh tangguh langsung. KATANYA. Entah. Aku pun tak tahu lagi macam mana. Hopefully aku dapat ikut rhythm kerjanya.
And the second day pun still blur-blur but a great thanks to orang2 office yang quite supportive :))) Dieorang banyak encourage. Mungkin dieorang nampak aku cam x semangat kot? Ntah?
And a great thanks nak cakap to kawan-kawan yang aku selalu kacau bila ada masalah atau hot gossips yang nak kongsi sama. Mostly orang yang selalu menjadi mangsa ialah UM bestie- Rita, ALOR AKO gangs, imah and sairah. Tanpa korang-korang semua, aku adalah manusia yang lemah. Yang sentiasa memerlukan sokongan. Nanti kalo aku bosan, aku kacau lagi eh?
heeeeeeeeeeee ----
okla, got to go. nak lipat baju and tengok tv and semayang.
love you, yes. YOU.
Ain :)
No comments:
Post a Comment