Saturday, July 24, 2010

Dilemma

Hi !
Apa khabar? harap ok je semuanya ye :)

Today is Saturday and macam biasalah aku kerja arini. Betul. Aku kerja. Kerja aku memang dari hari Isnin till Sabtu. FULL DAY *sigh*. And sekarang kalau tgk jam pukul 10.32 malam. Aku baru je lepas makan. I mean, mintak sikit ngan uwe aku. Hehe. Dia makan laksa bulat-bulat. Laksam ek? Aku suka panggil laksa berbentuk bulat. Tee hee hee. Sebenarnya berat aku dah turun since kerja. Kebetulan masa 1st week kerja, ganti puasa. Biasalah kalau minggu pertama, a bunch of things need to be understand. And of course la head went burff, health went down also. Tapi rasa suka sangat berat turun, baju longgar sikit. Hehe. Tapi sekarang tgh selalu rasa lapar. Mungkin tgh peri**. Takut jugak naik balik. Asik timbang jek. Huhu. Aritu pun masa pergi induksi, kena check doctor, dia pesan suruh turun berat sbb x elok bagi perempuan. Yela, risau jugak. Aku nak ada better health and lifestyle in future. Soo! Sekarang aku kena berhati-hati memilih makanan! No biscuit- No sweet drinks- No sweet things!

Ha! Dilemma kan tajuk kat atas? Lupa nak cerita. Huhu

Tapi, aku nak ceritakan dulu hala tujuan aku.

Aku nak jadi tauke. Bos la maksudnya. Hehe. Tapi sebelum aku nak semua bende tuh, aku kena la cari pengalaman. Aku nak buat sesuatu yang perlu menggunakan akal fikiran setiap hari. Bukan menggunakan arahan atau perintah atau routine. Aku nak asah fikiran aku untuk adapt bende baru setiap hari, thinking about how to solve it, get a solution and implement it. After that, evaluating. Bukan aku nak cakap aku ni gila, tak bersyukur dapat kerja . Tapi, ini adalah untuk diri sendiri. Apa yang aku belajar dulu, aku taknak terkubur semata-mata. Aku nak ingat balik semua yang aku dah buat masa kat UM. Kadang-kadang jealous tengok kawan-kawan kat kl dapat kerja yang sesuai dengan level. Nampak berada dalam satu kumpulan, solve things together, succeed, celebrate it. Bila kita cakap kat orang lain, kerja kita macam ni-macam ni, dieorang akan cakap "EH, OKLA TUH, NAK KERJA MACAM MANA LAGI. KANG KERJA SUSAH PENING PULAK". Bila dengar camtu, ada betul jugak. Tapi ni macam melibatkan kepuasan diri. Paham tak? Macam ni la, contohnye: Korang pandai masak nasi, everyday la korang masak nasi~~~ Suatu ketika, korang rasa cam "eh, tak pernah masak cake? Nak try la". Bila korang dah pandai masak cake, korang mesti rasa bahagia kan dah pandai masak banyak bende. And sampai satu tahap lagi, korang rasa nak masak pizza pulak. And life macam tula. Still goes on-- And normal la kita nak mencapai satu tahap yang kita rasa nak challenge diri sendiri. Betul kan? Admit it.

Tapi!
 Jangan risau. Aku bukan tak waras. Aku baru je masuk alam pekerjaan. Baru nak merangkak orang cakap. Nak jugak mula dari bawah. Nak rasa setiap bahagian boleh tak? Huhu. Tempat aku kerja sekarang ok jugak even baru nak masuk 3 weeks kerja. Semua muda-muda lagi tau orang kat situ. So, takdek masalah dalam communications. And aku with another staff paling muda which is 23 yrs. Tapi sekarang dah bulan 7. Nanti bulan 8,9,10,11,12. Tahun depan umur dah 24. Perghh. Memang banyak lagi bende aku nak buat. Nak pegi Bali lagi. Nak pergi Korea, Jepun, Italy, Thailand, and banyak lagi la. Nak kumpul duit beli toy camera kesukaan aku. Hehe.

Okla, sampai sini jela nak mengadu. (Mengadu???)

Tukang karut,
Ain :)

Have a nice day people :) 

 

Sunday, July 18, 2010

Present - ?

Hi morning semua!

Sekarang morning tau, jangan cakap aku gila tau kalau korang baca time malam. Urm, jam sekarang menunjukkan pukul 0744 AM -- Sunday. Dah makan? Dah mandi? Aku semua belum. Makan for sure tak sebab aku puasa arini. Hehe. Dah nk dekat puasa baru nak ganti kan? Entahla, aku macam tak boleh tolong diri sendiri. Even tahun lepas aku ganti memang sipi-sipi nak puasa. Tahun ni dah berazam nak ganti awal, tapi terlambat jugak. Tapi okla sikit tahun ni sebab puasa sebulan sebelum. Bagi yang akan mengganti puasa,
SELAMAT MENGGANTIKAN PUASA!!

Arini sebenarnya plan nak pergi rumah kak min sebab nak hantar salinan ic and lesen sebab nak register lesen kereta (cant wait!!! yahoo). But unfortunately, arini aku nak buat laundry, kemas baju. So, kalau tak basuh arini, bila lagi? Tapi harap-harap cuaca ok, sebab nampak cloudy. Mungkin next week la aku bagi salinan semua. Things mungkin jadi lambat sikit. Probably.
Minggu ni aku memang busy dengan kerja, sometimes might be damn busy, and sometime might be tooooooooo RELAX (sukala tu!). Kerja aku ni dia akan datang tak kira time. Macam, bos cakap " Ain, tolong buat ni, tolong fax ni, tolong scan ni, tolong bagi ni kat---,tolong kemas meja saya." Selalu jugak la macam ni. Aku kadang-kadang selalu kena marah sebab tak paham nk buat kerja (hehehhee). Takpela kan, mula-mula. Take time la sikit nak serasi. EEE! aku tak sabar gila nak kumpul duit, nak bukak bisnes sendiri. Aku rasa nak jadi cam Kedai Makan Wahid kat UM aku. Perghhh! Successful gila! Aku rasa nak curi one of his best penebar roti canai! heheehhehehe.. boleh tak? Orang-orang kat workplace aku pun ok, sumenya baik. SETAKAT NI. Aku rasa tak sabar nak dapat gaji (padahal baru keje 1 week). Nak beli instax camera atau fisheye atau diana. Aku ingat nak beli instax, tapi takut fisheye limited edition tuh abis :( Selalu berangan-angan nak beli itu ini kan, nak bukak bisnes sangat, modal x kumpul lagi ;p

Sekarang aku dah takde masa nak tengok movie. Sedihnya. Kalau dulu, pantang ada cerita baru je aku pergi tengok. Latest eclipse kan. Tak tengok pun lagi. Tapi takpela, sebab dah baca buku, tak kisah sangat. Mungkin aku akan mengalami perubahan dalam kehidupan. Tapi aku taknak hilang soul aku yang dulu. Aku nak lepak dengan kawan-kawan. Buat kerja gila. Main gamelan and taklempong. Tapi tak tahu berpeluang tak lagi :(

Missing all the memories,

The lost-soul,
Ain :(
 

Sunday, July 11, 2010

processing.

hi guys again :)

apa khabar? hopefully sihat la ek :D

Sebenarnya nak tahu tak? Aku dah dapat kerja, tapi hari esok isnin, baru nak masuk hari ke-3 aku mula kerja. Kerja? Bila dapat? Haa..yang ni la nak bagitau, ingat tak post yang lepas aku cerita pasal interview yang aku pergi dekat ngn rumah tuh? Kebetulan 2 weeks later, bos nya call aku tanya nak kerja ke x sbb pekerja yang dia amik tuh bru je resign atas sbb tertentu. Aku ingat pekerja sebelum ade masalah dengan dieorang, so aku pun takut2 jugak nak accept. Takut terkena badi. Pikir punya pikir, accept la kerja ni sebab tak buat pape jugak kan. Pastu tak jauh dari rumah. Kerja nya project clerk, tapi okla kan untuk career's starting. 

Then, hari yang bersejarah itu aku pun pergila company tersebut untuk lapor diri. Pastu, bila masuk jek yard tuh, terkejut tengok orang tengah berkumpul. Ingat kan ada taklimat, sekali dieorang tengah dengar tazkirah hari Jumaat. Bagus jek kan? A GOOD STARTING, i think. Then, masuk kenal ngan staff dan dapat meja sendiri. CONDITION? SO FAR SO GOOD. I think. Pastu bos pun ajak briefing untuk bidang kerja and so on. Cakap punya cakap, OK LAGI, aku rasa. *sigh*. Few minutes later, ada fire-drill pulak. Terkena hari aku masuk ada fire-drill. Nampak cam seronok jugak sebab ada orang kena padamkan api, ada actor yang kena balut and darah tipu2. Seronok kan? Pastu ada makan2, aku naik la office sebab rasa mcm xnak makan. And dah bwk roti and own nescafe. Tapi rasa cam kekok jugak sebab sume orang pergi makan. Mungkin lain kali terpaksa join utk mengelakkan rasa kekok. Huhu :p And the last part, belajar ngn senior mcm mana nak handle kerja. PERGHHHHHHH!!!! memang susah tahap GABAN la..aku rasa belajar dulu pun, kalo dapat assignment pun xsusah macam ni. Tapi baru hari pertama, memangla, baru nak merangkak. And satu lagi mungkin xdek kawan, tu yang rasa macam tanggungjawab lagi berat. 

Still ingat masa dapat assignment kat UM, bila mula-mula jek memang excited. Pastu mula la lembik jek , and kembali bersemangat time dua tiga hari nak hantar. OR SPECIFICALLY, 24 jam sebelum. COOL kan? hehehe...Tapi ni sangat berbeza dengan kerja sekarang. Memang x boleh tangguh langsung. KATANYA. Entah. Aku pun tak tahu lagi macam mana. Hopefully aku dapat ikut rhythm kerjanya. 
And the second day pun still blur-blur but a great thanks to orang2 office yang quite supportive :))) Dieorang banyak encourage. Mungkin dieorang nampak aku cam x semangat kot? Ntah? 

And a great thanks nak cakap to kawan-kawan yang aku selalu kacau bila ada masalah atau hot gossips yang nak kongsi sama. Mostly orang yang selalu menjadi mangsa ialah UM bestie- Rita, ALOR AKO gangs, imah and sairah. Tanpa korang-korang semua, aku adalah manusia yang lemah. Yang sentiasa memerlukan sokongan. Nanti kalo aku bosan, aku kacau lagi eh?
heeeeeeeeeeee ----

okla, got to go. nak lipat baju and tengok tv and semayang.

love you, yes. YOU.
Ain :)


Wednesday, July 7, 2010

A true singer who sing from his heart

Hello again people!

Since aku tak kerja lagi, so boleh la selalu update blog heh. Takpe, nanti aku dah kerja, mesti korang rindu nukilan aku (masuk bakul angkat sendiri, tapi tak terangkat sbb berat).
Dush dush dush!!

Okayla, back to the main topic, arini nak bercerita salah seorang penyanyi yang aku adore dalam dunia ni. Namanya Kim C. Bermulanya perkenalan aku dan dia (huh x ley bla) melalu program tv kat channel astro 303, cite "2 days 1 night". Aku suka tengok cite ni and mula-mula tak perasan dia ni. FYI, program ni cite Korea. Tapi ada subtitle la. Kalo x mampus aku nak tengok, mana paham. Ni dia punya gambar cerita,

 took somewhere from google

Gambar atas ni merupakan hari last Kim C dalam program ni. Sedih sangat, almost 1 year aku follow cerita ni, tak sangka betul dia nak tarik diri (dalam bulan lepas). Tapi aku paham. Alasan dia nak fokus bidang yang dia suka iaitu nyanyian :)

took somewhere from blog

Meh aku cerita sikit pasal Kim C ni. Kim C ni merupakan bekas pemain besbol and juga merupakan vokalis untuk band Hot Potato. Masa mula-mula aku tengok cerita 2 days 1 night, aku suka gila tengok dia sebab dia ni paling pendiam, tapi sebenarnya kelakar. Dia x pandai bergurau tapi dia sangat2 kelakar bila mula bercakap. Kim C jugak pernah kena tegur dek production sebab x berapa pandai menglibatkan diri dalam program ni. Tapi last-last dia dah pandai outstanding. Bila buat sesuatu pertandingan jek, Kim C ni mesti menang sebab dia pandai and x menunjuk kepandaian dia. All the guys dalam cerita tuh memang tau dia ni pandai, and dieorang mesti surrender kalau ade quiz yang melibatkan pengetahuan. Kim C ni jugak cam humankind la, baik hati, bertolak-ansur antara ramai-ramai and paling menyayangi dieorang semua. Sampaikan, netizen Korea panggil dia Omma. Stands for emak la dalam program ni. And for more information, dia ni pernah mendaki Gunung Everest. Dia memang seorang yang tegar la, dia x merungut kalau susah ke hape. Itu yang aku suka tentang Kim C. And dia punya personaliti x fake. Style Kim C jugak aku paling adore. Mcm ala-ala grunge pun ade.

The Band - Hot Potato



Bila dah lama tengok cerita ni baru aku taula, dia ni ada band. Named, Hot Potato. Aku memang suka gile ngan lagu dieorang sbb memang jenis music yang aku suka. Ada style Muse sket sebab ada bunyi pelik2 tapi sounds good. Dan bermulalah hari-hari seterusnya aku digging lagu-lagu dia. Tapi memang superb ah lagu-lagu dia. Lebih baik daripada girls group or boyband yang ada kat Korea tu. Korea ni kebanyakkan gile kan bende-bende tuh, x banyak band yang outstanding. So, officially, aku dari Malaysia ni memang support abis Hot Potato. Suara Kim C memang unik and well-remembered la. Kalau tengok dia nyanyi, memang kita dapat feel dia nyanyi ikhlas dari hatinya. Tahun ni dieorang release album baru named SeeSaw. Best jugak. Kalo nak tengok kat Youtube, type je Hot Potato-Seesaw.

Sekian, tu je nak cite, one of the person that i adore.

Die-hard-fan HOT POTATO,
Ain :D

Friday, July 2, 2010

Come And Go

datang dan pergi ya?

5.33pm,mood bosan.
helo guys! how u've been doin'?

Sebenarnya nak cite aku dah resign job yang aku baru cite last week. haha, kelakar jek kan? keje seminggu lebey jek tuh. nak tau x camne boleh resign keje tuh?


Aku x pasti la akan ada staf yang baca cerita aku ni, tapi, ini lah apa yang ada dalam hati aku sepanjang aku keje kat situ.


FOR THE WHOLE WEEK,


Aku, sebenarnya manusia yang sentiasa mencari keseronokan. Bagi aku, bila kita berada di sesuatu tempat bagi jangka masa pendek atau panjang, kita mesti mempunyai perasaan enjoy. Sebab, bila kita enjoy, idea atau kualiti kita akan menjadi lebih baik. Malah, untuk diri sendiri juga. So, dalam jangka masa aku bekerja, aku langsung tak rasa enjoy, tertekan dan aku merasakan apa yang aku sedang buat --seperti orang lain yang sedang berada di dalam badan dan fikiran aku. Aku bukan macam ni. Aku bukan macam ni. Ni bukan apa yang aku nak. Kalau aku gila, hari pertama aku dah resign. Tapi bila dengar nasihat mak aku, aku batalkan je niat tu. Yela, nak cari pengalaman kan.


HARI BERSEJARAH (xley bla~)


One day, aku gatal2 tangan nak apply kerja kat kawasan gebeng. Walaupun kecik, tapi okla since dekat dengan kawasan rumah. Tetiba, dapat la call dari bos nya, suruh datang interview. Aku plan nak mintak la emergency leave esok hari. Nak pergi interview punye pasal. Then, hari esoknye, aku pergi kerja macam biasalah. Bila sampai je tengahari, aku masukla bilik bos kat tempat kerja aku ni. Bila aku cakap nak mintak emergency leave, mengamukla dia. Sebenarnya a week before dah mintak balik awal. Bukan awal sangat pun, awal 30 minit je. Dia pun membebel tak tentu pasal cakap attitude aku tak bagus. Ya, aku tau pasal tu. Tapi aku tak expect dia nak mengungkit hal ni. Dan, kalau korang nak tau, aku tak suka orang berleter macam bunyi tembakan senapang. Aku mungkin akan bertindak lebih jauh dari itu. Sampai satu masa dia tengah berleter, aku jadi kurang ajar. Aku potong ayat dia, "madam, kalau tak nak bagi saya emergency leave, tak apa, saya tak kisah". Dia pun cakapla bukan dia tak bagi, cuma nak tegur sikap aku. What so ever la. Kenapa nak cakap panjang-panjang untuk perkara kecik? 
Kemudian aku keluar la, untuk buat kerja aku. Then bos aku datang tempat aku nak survey kerja aku. Dia complain la aku tak dapat catch satu customer pun lagi. Agak-agak la wey, aku baru seminggu. Nak paham sistem lagi, nak pupuk cara bercakap dengan customer lagi. Aku rasa kalau orang lain, maunya 2,3 minggu. Dia pun pernah cerita dulu pasal one of her workers. Lastly, dia panggil aku masuk bilik dia, dia tanya aku, samada aku ni betul-betul ke nak kerja, aku dengan sempoi nya menjawab "SAYA SEBENARNYA TAK BERAPA DENGAN SALES.SAYA TAK MINAT." Haaa...profesional tak jawapan aku? Hehe, maksudnya, aku memang taknak kerja tuh la. Akhirnya, kiteorg buat deal, dia suruh aku buat surat resign. Apa lagi, memang tu yang aku nak. 
Pastu, masa nak kuar dari bilik tuh, aku cakap kat bos aku,
"Saya sebenarnya kena paksa dengan agensi pekerjaan datang kerja kat sini, last 2 months dieorg dah suruh saya datang kerja kat sini, tapi saya tak nak. Ni pun kena paksa."
Muka bos aku memang terkejut. Dia ingat aku ni memang nak kerja sangat kat situ. Haha, kelakar betul :D
Dan berakhir lah pengalaman aku bekerja selama seminggu--- *bow*

Aku pun tak berapa harap dengan interview kat gebeng tuh since beribu-ribu kerja kerani aku mintak mesti tak dapat. Alasannya, DEGREE, tak kan nak kerja kerani lama-lama?


Tapi sekarang, aku rasa sangat bebas dan akan terus mencari pekerjaan yang aku suka dan enjoy. Dan aku akan melayan kedua ibu bapa aku dengan lebih baik sebab rasa bersalah tinggalkan mereka selama seminggu.
Doakan saya berjaya :)


Love,
Ain. Just Ain.