Cerita ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat pembaca.
Dulu A sangat menikmati kehidupan di bandar. Semua baginya terasa senang dan pantas. Malah A merasakan hidupnya bakal diteruskan di bandar kerana di situ adalah segala-galanya. A bukanlah seorang yang berpoya-poya. Tetapi baginya, hidup perlu lebih maju dan lebih up-to-date jika hidup di bandar. Duit? Carila kat bandar besar. Mesti senang nak dapat. Title? Carila kat bandar. Banyak company besar menanti untuk memenuhi kekosongan.
B adalah rakan lama A. B hidup di kawasan kampung dan mempunyai perkerjaan di kawasan perindustrian. B tidak mempunyai masalah di tempat kerja, kecuali rakan-rakan sekerja yang sering menjaga hal peribadi orang lain. B seorang yang tabah. Tetapi mungkin dengan keadaan yang tertekan itu, mungkin mengakibatkan ketidakharmonian B dalam bekerja.
Suatu hari, A memutuskan untuk membuat panggilan kepada B dan bertanya khabar. Selepas mendengar cerita B, A bercerita tentang keseronokan di bandar dan kesenangan mendapat pekerjaan serta kehidupan yang bebas. A juga mengatakan bahawa karier di kawasan kampung mungkin tidak akan membawa kemana-mana. B hanya mendengar dan mengiyakan.
Setahun selepas itu.
A kini tinggal di kampung dan tidak mendapat perkerjaan. A kini sedar, hidupnya di bandar penuh dengan pancaroba dan kelalaian. Wayang semata-mata. A berazam untuk mencari kedamaian dalam hidupnya kerana A percaya wang tidak akan membawa kemana-mana, tetapi kebahagian adalah lebih penting. A merasakan hidup di kampung lebih bermakna daripada tinggal di bandar. Angin sepoi menjadi teman A. Dia merasakan tiada yang lebih bermakna dari itu. A merasa sesal kerana telah merendah-rendahkan B.
Maafkan A, B.
#Gantikan A kepada Aku.
No comments:
Post a Comment