Hi !
Okay, post kali ini adalah berdasarkan kemuncak kejayaan yang boleh aku pilih utk tamatkannya, atau menyambungkannya kembali. Tapi buat masa ini, tidak terfikir lagi untuk semua itu...heheh :p
Universiti.
Selalunya bila time hantar mesej utk nak tau kat mane dpt sambung, hp aku mesti problem..mesti lambat atau tak direply langsung..masa sebelum masuk matrik, aku punye hp tak dapat mesej kat mana aku dapat, tapi bila aku suh member aku buat, elok jek die dpt reply..So, yang untuk universiti ni pun, dia kasi suspen sket~~ dia lambat sket reply..
"Tahniah! Anda berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Malaya." ----lebey kurang la~~ ;) Tersangat2 la gembira nya arituh sampai mula2 aku tgk mesej tuh, melompat2 aku sehingga lupa lantai umah aku kayu..nasib baik x runtuh..hehe..time tuh jugak, uwe aku ade tepi aku..dia pun senyum jek..cam bese lah, aku menangis campur ketawa..tanya Rita, die mesti tau... ;p
Tentang siapa2kah serinkandi yang berjuang sama ngn aku, aku akan ceritakan di lain post..hehe..So, kita teruskan dgn agenda aku pada hari konvokesyen aku~~ yippiey~
12th May 2009.
Hari ini still keje cam bese kat HEP..tapi dek kerana esok konvo, perasaan nak berguling2 sgtla tinggi..terbayang2 aku berjalan dgn megah di atas pentas~~~ ZAPPP!!!! plettt~ oh mak kau! kakiku terpeleot kat atas pentas..haa...itupun aku terbayang..argh!! takutnya! Memandangkan ini hari yang ditunggu2 sepanjang aku hidup, aku mahu memastikan semua berjalan dengan se'perfect' mungkin..*blushing*
Selepas abis jek kerja, aku terus siap2 utk pergi ke Marriott Hotel BB untuk berjumpa dengan family members..Makin la berkobar2 time tuh utk pergi..hehehe...
xdek pape nk wat, so amik gamba jommm!
Malam itu, aku mengalami kesukaran untuk tido yang amat sangat mungkin kerana happy nak mampos? hehe *super blushing* Oleh kerana mata xley tutup, aku pun sengaja menambahkan perasaan berkobar2 dengan meng'iron' jubahku~~~ "yay yay, esok konvo~" dalam hati..
13th May 2009.
Hari yang ditunggu2 sudey tiba~ lalalala...
Awal pagi itu, k.min aku ajak pergi beli bunga dan makanan sekali..kteorg pergi Petaling Street beli bunga yang cukup besar~ hehehe...*blushing again* Masa jalan nak balik tuh kan, pegang bunga, org sume tgk~~ Nak jek aku cakap kat semua orang---"Cantek kan bunga saya? nape saya pegang bunga? Hari ini saya konvo!!!! lalalalala~~"
gilo. ;p
amik gambar sebelum gerak ke UM
Dan selepas itu, kami bergerak lebey awal kerana takut jam mahupun kesukaran untuk parking..graduan diminta berkumpul pukul 0130pm dan bergerak masuk ke dewan pada pukul 0200pm..oleh itu, aku dtg quite awal dan sempat jumpe miza untuk kasi bunga dan siap2 pakai pin kat baju..wahhh!!! susah jugak sebenarnya nak pakai mende alah tuh, tp nasib bek apis miza ada..so, dia dan miza tolong aku pakai jubah..terima kasih! ;)
Tertanya2 juga aku dan miza mana rita-chan yg masih x sampai2..rupenya, die stuck lam traff jam..memang la sgt diketahui oleh warga UM bila tibanya time konvo, sgt la jam jalan kat dalam ini..tp in the end, kteorg jumpe rita kat aras 1, dan proses memakai kan jubahnya pun bermula..hehehhe..panas la jugak time nak pakaikan nye..ingat ke bila masuk nak berkumpul leh la rehat2 dan bersedia, rupe2nya, kat lam tuh lg la chaos...masing2 nak suh pakaikan..yela, 1st time beb pakai mende alah tuh..mane la reti..lagak kteorg dh macam ala2 designer baju yg tgh pakaikan model utk runway..
;D
Jam 0200pm telah tiba dan kami semua bergerak dalam barisan masing2..nasib baik aku dapat tempat sebelah nasyita ngan aini..So, xdekla kekok sgt..then masa nak melintas jalan, kete2 kne stop untuk bagi kami laluan..aku percaya masa tuh kami semua bangga campur happy yg amat campur sedey! And i'm very sure orang2 yang ada time tuh pun bangga ngan kami..hehe ;) Dan bila masuk ke dewan, kami duduk di barisan graduan di mana barisan kami di hadapan barisan ibu bapa..huhu..sangat la nervous time tuh sbb takut something wrong happen ms tgh jalan ke~ms tgh amik scroll ke~ urgh! tak nak!
Istiadat konvokesyen ini bagi aku sgtla megah dan skema? hehe...memang patutla kan..nama lak istiadat..tapi kalau ada Raja, mungkin lagi skema..em, bukan skema lah~~ cam penuh tatasusila..ha~
Untuk para graduan, kena pastikan bawak smart card utk panggilan nama time nak amik scroll..so, kat situ, everything going smoothly, and semuanya okeh! Tapi ada satu part menarik di mana graduan fac budaya, yang under tarian punya, masa nak amik scroll, dia menari! what a lovely! tapi time aku tgk tuh, dia dh abis pusing..x sempat nak tgk cmne dia menari..huhu.. ;D
hehe~ saya pemalu~
bergaya tak? ;O
Masa amik scroll ni betul2 rasa cam lam mimpi..memang sgt takut time tuh..gembira sgt2..nak jek aku cakap kat sume orang, "weyh! aku dh abis blaja!" Tapi, control la beb .. Mana buley bising2..hehe..
dewan yang akan ku kenang selalu!
Bila dah amik scroll kan, pe lagi senyum meleret~~~ jek..ha, time ni la bru leh nak amik2 gambar..bising2x..hehe..tapi pastu kteorg bagi support utk mereka yang lain terima scroll..mesti dieorg gembira! Tahniah ye sume!
Bila dah amik scroll kan, pe lagi senyum meleret~~~ jek..ha, time ni la bru leh nak amik2 gambar..bising2x..hehe..tapi pastu kteorg bagi support utk mereka yang lain terima scroll..mesti dieorg gembira! Tahniah ye sume!
Adelah jugak bila time dia nak rest, die pasangkan lagu2 sedey meleley la..tapi lagunya meruntun jiwa lah..aku pun layan sekali lah kan..tak sangka hari yang ditunggu dalam hidup sudah tiba dengan gemilangnya!!! yeah! ;D Pas jek abis istiadat konvokesyen, masa untuk jumpa the rest of family kat luar..masa dh kuar kat luar DTC, OMG !!! wth kat luar nih?? ramai GILA !!! aku rs hari ini adalah mungkin hari paling ramai org dtg time grad lam mggu ni kot..punyela sesak kat luar sampai nak jalan pun susah..time tuh aku memang risau takut mak aku jatuh pengsan..huhu :D ..ramai supporters x kira bangsa sedang menunggu di luar untuk meraikan hari bersejarah kami..kalau yang cina, dengan tarian singa, yang india, dengan tarian mereka..upacara pecahkan kelapa pun ada~ HAPPENING sangat..
Masa tuh nak amik gamba banyak2 pun terhad sebab tengok whole family aku dah cam penat ditambahkan lagi dengan cuaca yang panas..aku sempat jumpe zuha, atie, linda ngan rita pun sekejap jek..nak jumpa miza pun x sempat..sori miza! Memang kalau boleh nak amik gambar dengan lelain, tapi ada family matters..parking kereta lak jauh, kat padang tuh~~oleh itu, kami terpaksa balik selepas itu..
Di sini saya bermula dan di sini saya berakhir.
Kepada semua graduan,
TAHNIAH!
No comments:
Post a Comment