Sunday, July 11, 2010

processing.

hi guys again :)

apa khabar? hopefully sihat la ek :D

Sebenarnya nak tahu tak? Aku dah dapat kerja, tapi hari esok isnin, baru nak masuk hari ke-3 aku mula kerja. Kerja? Bila dapat? Haa..yang ni la nak bagitau, ingat tak post yang lepas aku cerita pasal interview yang aku pergi dekat ngn rumah tuh? Kebetulan 2 weeks later, bos nya call aku tanya nak kerja ke x sbb pekerja yang dia amik tuh bru je resign atas sbb tertentu. Aku ingat pekerja sebelum ade masalah dengan dieorang, so aku pun takut2 jugak nak accept. Takut terkena badi. Pikir punya pikir, accept la kerja ni sebab tak buat pape jugak kan. Pastu tak jauh dari rumah. Kerja nya project clerk, tapi okla kan untuk career's starting. 

Then, hari yang bersejarah itu aku pun pergila company tersebut untuk lapor diri. Pastu, bila masuk jek yard tuh, terkejut tengok orang tengah berkumpul. Ingat kan ada taklimat, sekali dieorang tengah dengar tazkirah hari Jumaat. Bagus jek kan? A GOOD STARTING, i think. Then, masuk kenal ngan staff dan dapat meja sendiri. CONDITION? SO FAR SO GOOD. I think. Pastu bos pun ajak briefing untuk bidang kerja and so on. Cakap punya cakap, OK LAGI, aku rasa. *sigh*. Few minutes later, ada fire-drill pulak. Terkena hari aku masuk ada fire-drill. Nampak cam seronok jugak sebab ada orang kena padamkan api, ada actor yang kena balut and darah tipu2. Seronok kan? Pastu ada makan2, aku naik la office sebab rasa mcm xnak makan. And dah bwk roti and own nescafe. Tapi rasa cam kekok jugak sebab sume orang pergi makan. Mungkin lain kali terpaksa join utk mengelakkan rasa kekok. Huhu :p And the last part, belajar ngn senior mcm mana nak handle kerja. PERGHHHHHHH!!!! memang susah tahap GABAN la..aku rasa belajar dulu pun, kalo dapat assignment pun xsusah macam ni. Tapi baru hari pertama, memangla, baru nak merangkak. And satu lagi mungkin xdek kawan, tu yang rasa macam tanggungjawab lagi berat. 

Still ingat masa dapat assignment kat UM, bila mula-mula jek memang excited. Pastu mula la lembik jek , and kembali bersemangat time dua tiga hari nak hantar. OR SPECIFICALLY, 24 jam sebelum. COOL kan? hehehe...Tapi ni sangat berbeza dengan kerja sekarang. Memang x boleh tangguh langsung. KATANYA. Entah. Aku pun tak tahu lagi macam mana. Hopefully aku dapat ikut rhythm kerjanya. 
And the second day pun still blur-blur but a great thanks to orang2 office yang quite supportive :))) Dieorang banyak encourage. Mungkin dieorang nampak aku cam x semangat kot? Ntah? 

And a great thanks nak cakap to kawan-kawan yang aku selalu kacau bila ada masalah atau hot gossips yang nak kongsi sama. Mostly orang yang selalu menjadi mangsa ialah UM bestie- Rita, ALOR AKO gangs, imah and sairah. Tanpa korang-korang semua, aku adalah manusia yang lemah. Yang sentiasa memerlukan sokongan. Nanti kalo aku bosan, aku kacau lagi eh?
heeeeeeeeeeee ----

okla, got to go. nak lipat baju and tengok tv and semayang.

love you, yes. YOU.
Ain :)


Wednesday, July 7, 2010

A true singer who sing from his heart

Hello again people!

Since aku tak kerja lagi, so boleh la selalu update blog heh. Takpe, nanti aku dah kerja, mesti korang rindu nukilan aku (masuk bakul angkat sendiri, tapi tak terangkat sbb berat).
Dush dush dush!!

Okayla, back to the main topic, arini nak bercerita salah seorang penyanyi yang aku adore dalam dunia ni. Namanya Kim C. Bermulanya perkenalan aku dan dia (huh x ley bla) melalu program tv kat channel astro 303, cite "2 days 1 night". Aku suka tengok cite ni and mula-mula tak perasan dia ni. FYI, program ni cite Korea. Tapi ada subtitle la. Kalo x mampus aku nak tengok, mana paham. Ni dia punya gambar cerita,

 took somewhere from google

Gambar atas ni merupakan hari last Kim C dalam program ni. Sedih sangat, almost 1 year aku follow cerita ni, tak sangka betul dia nak tarik diri (dalam bulan lepas). Tapi aku paham. Alasan dia nak fokus bidang yang dia suka iaitu nyanyian :)

took somewhere from blog

Meh aku cerita sikit pasal Kim C ni. Kim C ni merupakan bekas pemain besbol and juga merupakan vokalis untuk band Hot Potato. Masa mula-mula aku tengok cerita 2 days 1 night, aku suka gila tengok dia sebab dia ni paling pendiam, tapi sebenarnya kelakar. Dia x pandai bergurau tapi dia sangat2 kelakar bila mula bercakap. Kim C jugak pernah kena tegur dek production sebab x berapa pandai menglibatkan diri dalam program ni. Tapi last-last dia dah pandai outstanding. Bila buat sesuatu pertandingan jek, Kim C ni mesti menang sebab dia pandai and x menunjuk kepandaian dia. All the guys dalam cerita tuh memang tau dia ni pandai, and dieorang mesti surrender kalau ade quiz yang melibatkan pengetahuan. Kim C ni jugak cam humankind la, baik hati, bertolak-ansur antara ramai-ramai and paling menyayangi dieorang semua. Sampaikan, netizen Korea panggil dia Omma. Stands for emak la dalam program ni. And for more information, dia ni pernah mendaki Gunung Everest. Dia memang seorang yang tegar la, dia x merungut kalau susah ke hape. Itu yang aku suka tentang Kim C. And dia punya personaliti x fake. Style Kim C jugak aku paling adore. Mcm ala-ala grunge pun ade.

The Band - Hot Potato



Bila dah lama tengok cerita ni baru aku taula, dia ni ada band. Named, Hot Potato. Aku memang suka gile ngan lagu dieorang sbb memang jenis music yang aku suka. Ada style Muse sket sebab ada bunyi pelik2 tapi sounds good. Dan bermulalah hari-hari seterusnya aku digging lagu-lagu dia. Tapi memang superb ah lagu-lagu dia. Lebih baik daripada girls group or boyband yang ada kat Korea tu. Korea ni kebanyakkan gile kan bende-bende tuh, x banyak band yang outstanding. So, officially, aku dari Malaysia ni memang support abis Hot Potato. Suara Kim C memang unik and well-remembered la. Kalau tengok dia nyanyi, memang kita dapat feel dia nyanyi ikhlas dari hatinya. Tahun ni dieorang release album baru named SeeSaw. Best jugak. Kalo nak tengok kat Youtube, type je Hot Potato-Seesaw.

Sekian, tu je nak cite, one of the person that i adore.

Die-hard-fan HOT POTATO,
Ain :D

Friday, July 2, 2010

Come And Go

datang dan pergi ya?

5.33pm,mood bosan.
helo guys! how u've been doin'?

Sebenarnya nak cite aku dah resign job yang aku baru cite last week. haha, kelakar jek kan? keje seminggu lebey jek tuh. nak tau x camne boleh resign keje tuh?


Aku x pasti la akan ada staf yang baca cerita aku ni, tapi, ini lah apa yang ada dalam hati aku sepanjang aku keje kat situ.


FOR THE WHOLE WEEK,


Aku, sebenarnya manusia yang sentiasa mencari keseronokan. Bagi aku, bila kita berada di sesuatu tempat bagi jangka masa pendek atau panjang, kita mesti mempunyai perasaan enjoy. Sebab, bila kita enjoy, idea atau kualiti kita akan menjadi lebih baik. Malah, untuk diri sendiri juga. So, dalam jangka masa aku bekerja, aku langsung tak rasa enjoy, tertekan dan aku merasakan apa yang aku sedang buat --seperti orang lain yang sedang berada di dalam badan dan fikiran aku. Aku bukan macam ni. Aku bukan macam ni. Ni bukan apa yang aku nak. Kalau aku gila, hari pertama aku dah resign. Tapi bila dengar nasihat mak aku, aku batalkan je niat tu. Yela, nak cari pengalaman kan.


HARI BERSEJARAH (xley bla~)


One day, aku gatal2 tangan nak apply kerja kat kawasan gebeng. Walaupun kecik, tapi okla since dekat dengan kawasan rumah. Tetiba, dapat la call dari bos nya, suruh datang interview. Aku plan nak mintak la emergency leave esok hari. Nak pergi interview punye pasal. Then, hari esoknye, aku pergi kerja macam biasalah. Bila sampai je tengahari, aku masukla bilik bos kat tempat kerja aku ni. Bila aku cakap nak mintak emergency leave, mengamukla dia. Sebenarnya a week before dah mintak balik awal. Bukan awal sangat pun, awal 30 minit je. Dia pun membebel tak tentu pasal cakap attitude aku tak bagus. Ya, aku tau pasal tu. Tapi aku tak expect dia nak mengungkit hal ni. Dan, kalau korang nak tau, aku tak suka orang berleter macam bunyi tembakan senapang. Aku mungkin akan bertindak lebih jauh dari itu. Sampai satu masa dia tengah berleter, aku jadi kurang ajar. Aku potong ayat dia, "madam, kalau tak nak bagi saya emergency leave, tak apa, saya tak kisah". Dia pun cakapla bukan dia tak bagi, cuma nak tegur sikap aku. What so ever la. Kenapa nak cakap panjang-panjang untuk perkara kecik? 
Kemudian aku keluar la, untuk buat kerja aku. Then bos aku datang tempat aku nak survey kerja aku. Dia complain la aku tak dapat catch satu customer pun lagi. Agak-agak la wey, aku baru seminggu. Nak paham sistem lagi, nak pupuk cara bercakap dengan customer lagi. Aku rasa kalau orang lain, maunya 2,3 minggu. Dia pun pernah cerita dulu pasal one of her workers. Lastly, dia panggil aku masuk bilik dia, dia tanya aku, samada aku ni betul-betul ke nak kerja, aku dengan sempoi nya menjawab "SAYA SEBENARNYA TAK BERAPA DENGAN SALES.SAYA TAK MINAT." Haaa...profesional tak jawapan aku? Hehe, maksudnya, aku memang taknak kerja tuh la. Akhirnya, kiteorg buat deal, dia suruh aku buat surat resign. Apa lagi, memang tu yang aku nak. 
Pastu, masa nak kuar dari bilik tuh, aku cakap kat bos aku,
"Saya sebenarnya kena paksa dengan agensi pekerjaan datang kerja kat sini, last 2 months dieorg dah suruh saya datang kerja kat sini, tapi saya tak nak. Ni pun kena paksa."
Muka bos aku memang terkejut. Dia ingat aku ni memang nak kerja sangat kat situ. Haha, kelakar betul :D
Dan berakhir lah pengalaman aku bekerja selama seminggu--- *bow*

Aku pun tak berapa harap dengan interview kat gebeng tuh since beribu-ribu kerja kerani aku mintak mesti tak dapat. Alasannya, DEGREE, tak kan nak kerja kerani lama-lama?


Tapi sekarang, aku rasa sangat bebas dan akan terus mencari pekerjaan yang aku suka dan enjoy. Dan aku akan melayan kedua ibu bapa aku dengan lebih baik sebab rasa bersalah tinggalkan mereka selama seminggu.
Doakan saya berjaya :)


Love,
Ain. Just Ain.

Friday, June 25, 2010

kesibukan membuatkan masa itu cepat.

hello guys. 
it's been a while i didnt update this blog kan?
(arini nk ckp english pasar) 
FYI,
i've got a job recently and started to attend the training on monday, 21st. its quite awkward for me since i left the office almost one year. heh heh heh. when people asked me, what post are you in? i begin to gundah-gulana. is it important for you to know what people work for? for me, HELL YEAH! haha. but i've answer with some sour smile and "bese-bese aje" word. sometime i thought that i want to quit this job, go to KL, play music for 1 month, and find a job there. but then i realize that my family need me. they will never say about it but i can guess through their argument whenever i talk bout going to KL.

HA! FYI AGAIN,
i think, i can clarify my position as Account Executive. because i see a lot of that word typed or said by other staff. ok la tuh!! some might say this word, but for me, it is "bese-bese aje" according to salary. but thanks Allah, who gave me rezeki and precious time to learn new things and appreciate it.

THE FUNNY THINGS,
when im doing some work, i will not realize that i just sit there with nothing on my mind, or people call "berangan-angan". the staff may not knowing that because my place are in front of them. that means, they sit at the back. and sometime, if i dont like the client who are rude and moody, i just cut off their name. kejam kan?

LEARNING PROCESS,
at this moment, i just learned a few step of making business through telemarketing and i will finish it until i've got the payment. i may need some time to understand it but i'll try to bear it for my mother's sake.

okla, got nothing to type anymore because too tired. but then,i have to wait for my fav variety show tonite.

love,
ain -- AE. haha, blurpp 

Monday, June 14, 2010

Merepek kerepek.

Holaa!

Hehe..arini tetibe dtg mood nak merepek. boleh x? mesti boleh sbb ini blog aku punyeee!


oklah, skang aku sgtla lapar and sementara menunggu pasar mlm bukak, aku akan merepek 2,3 perenggan. hehe. bulan ni bulan 6. bulan ni, harijadi aku. biasanya aku nak hadiah (haha..selfish and childish kan?) xdekla..memang la, nama lak besday. So, azam aku tahun ni nak dapatkan Fuji Instax. Ala, cam polaroid la..yg mende alah gambar keluar tu.. Sebenarnya nak yang Wide, tp mcm x cukup duit, so nak beli yang Instax Mini je. harap2 dapat beli time besday nnti. huhu.
tadi tgh dok belek2 google, nak cari photo editing software..nak cari yg boleh wat cute miut punye. cam lam cite korea. die boleh crop kepala, leh make up muka..tapi x jumpela kat mane. lain kali nak try cari lg. so, belek2, tetibe jumpe software polaroid. name die poladroid. kelakar gile weyh! kalo bukak software die kan, kuar kamera polaroid. nk buat gamba polaroid, kne drag gamba ke kamera tuh, pastu dh siap die akan kuar bunyi and gamba, tp kne shake la..cam polaroid betul. kelakar gile. ni tgkla, contoh polaroid aku buat.


haa..ok x? huhu..boleh la cube kalo nak..google jek..hehe

ala, lapar la~
urm, nak cite pe lagi ek. ha! sebenarnye aku ade account twitter. tapi myb org xtau. kalo nak add, kat side bar ade link die. mekacih. 

dalam smena ade film agfa, dh lame gile dh..rsnye dh lame x shoot. tp cam xdek mood la. keje x dpt, lesen x lepas2 lg. skang aku down gile. hope korang rajin2 la borak ngan aku..aku xnak jadi gile..hehe

flying kiss-
ain :)

Friday, June 11, 2010

Confession. Forgiveness.

Cerita ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat pembaca.

Dulu A sangat menikmati kehidupan di bandar. Semua baginya terasa senang dan pantas. Malah A merasakan hidupnya bakal diteruskan di bandar kerana di situ adalah segala-galanya. A bukanlah seorang yang berpoya-poya. Tetapi baginya, hidup perlu lebih maju dan lebih up-to-date jika hidup di bandar. Duit? Carila kat bandar besar. Mesti senang nak dapat. Title? Carila kat bandar. Banyak company besar menanti untuk memenuhi kekosongan. 

B adalah rakan lama A. B hidup di kawasan kampung dan mempunyai perkerjaan di kawasan perindustrian. B tidak mempunyai masalah di tempat kerja, kecuali rakan-rakan sekerja yang sering menjaga hal peribadi orang lain. B seorang yang tabah. Tetapi mungkin dengan keadaan yang tertekan itu, mungkin mengakibatkan ketidakharmonian B dalam bekerja. 

Suatu hari, A memutuskan untuk membuat panggilan kepada B dan bertanya khabar. Selepas mendengar cerita B, A bercerita tentang keseronokan di bandar dan kesenangan mendapat pekerjaan serta kehidupan yang bebas. A juga mengatakan bahawa karier di kawasan kampung mungkin tidak akan membawa kemana-mana. B hanya mendengar dan mengiyakan.

Setahun selepas itu.

A kini tinggal di kampung dan tidak mendapat perkerjaan. A kini sedar, hidupnya di bandar penuh dengan pancaroba dan kelalaian. Wayang semata-mata. A berazam untuk mencari kedamaian dalam hidupnya kerana A percaya wang tidak akan membawa kemana-mana, tetapi kebahagian adalah lebih penting. A merasakan hidup di kampung lebih bermakna daripada tinggal di bandar. Angin sepoi menjadi teman A. Dia merasakan tiada yang lebih bermakna dari itu. A merasa sesal kerana telah merendah-rendahkan B. 
Maafkan A, B.

#Gantikan A kepada Aku.



Tuesday, May 25, 2010

Kelaparan.


Jam 10.30 malam. Dalam bilik. Menahan perut.

Nape tak pergi makan je? Yeah memang senang berkata-kata tapi jika berada di tempat aku, mesti URGHHHH!!
Alahai rindunya time belajar dulu. 

1st year dan 2nd year --

Makan kat luar. Haah, makan kat luar. Ingat lagi dulu selalu malam2 ada practice taklempong. Biasanya, kalau lapar, mesti lepas tuh pergi makan kat luar. Sidek selalu belanja makan kat Uptown. Who's Sidek? Ketua Taklempong kami. Pergi makan Chicken Chop giler besar and sedap. Chicken Chop paling sedap pernah aku rasa. Slurppp! Tapi kalau malas nak pergi jauh, makan kat Mapley. Tempat makanan paling horror. Ingat lagi time mula2 pergi makan. Sidek mcm ketua pasukan arahkan sesiapa yang tak pernah datang, ikut je dia dari belakang. Walaweh, peniaga kat situ AGGRESIVE gilerr. Huhu! and dulu 9th takde  cafe, soo kena cari makan sendiri kalau lapar.

Since Rita and Zuha dah ada kereta, things jadi senang sikit sbb boleh drive nak ke mana-mana kalau lapar. Normally mesti pergi lepak KFC kat depan tu. Kadang-kadang McD.

3rd year --

Tahun ni mungkin menjadi tahun kegemilangan sebab dapat stay kat 12th, perghh cafe semuanya. You name it ! Makanan kat 12th semuanya dia kasi banyak. Probably kenyang sampai esok pagi. Tapi itula, things gonna be bored sometimes. Cafe yang aku selalu suka makan malam2 ialah CAFE SAHUR@ 3RD CAFE. Ingat lagi kalau lapar atau x sempat nak makan, mesti ajak Sal pergi makan. Thanks to Sal selalu teman bila nak pergi makan. Sal paling suka makan sup and aku suka makan kuey teow. Air buah pun sedap plus harga berpatutan. And kalau boring makan kat situ, kiteorang akan pergi makan kat 9th. huhu. Need a lot of effort huh nak makan? Macam-macam la tempat aku pergi makan ngan sal. Dah x teringat semuanya. Ha! ada satu gerai burger depan pintu utama UM pun menjadi favourite untuk supper waktu mlm. huhu. Gerai tu memang wajib order bagi setiap org lebih dari 5. Fuhhh~ Mungkin sebab sos dia yang selfmade. 

Short sem (tempoh di mana aku habiskan subjek)

Pada tempoh ni aku stay kat luar. Kat Abdullah Hukum @ Bangsar pun boleh. Alhamdulillah kat sini banyak kedai yang best makanannya. Tapi normally kalau nak makan, aku akan beli kat 12th. Tak suka sangat beli kat bangsar tuh sebab people selalu pandang pelik and a lot of bad guys (either good or bad, normally i judge people the way the dress up). And ada satu cafe famous kat jalan balik ke apartment. Ali Cafe. Yup! Sangat best tetapi quite mahal. bila ada duit lebih je makan kat situ. 

Rindunya nak makan sedap2.

Memang la seronok makan dirumah. Tapi sometimes, tak macam kat kedai. 

Miss a lot of things. Specially makan-makan time   :(

Gadis yang sedang kelaparan,
Ain --